Ting tong, ting tong, Bunyi loceng di hall aku.Nanti ade orang yang bukak tuh, aku berbisik. waktu menunjukkan dah pukul 1;20 pagi. Bunyi tuh ternyata tak berhenti.
Aku keluar dari bilik, dan terpaksa behadapan dengan lagi 2 pintu. Ternampak akan aku satu kelibat yang bersandar di tembok luar. Dengan hanya berpakaian Tshirt dan Seluar Jeans yang menampakkan Boxer. Tali Pinggang Buat Hiasan. Cuaca di luar tidak lah terlalu sejuk Malam tuh.
Aku Bukak Pintu, nampak seorang yang aku kenal, mat salleh dalam lingkungan 20 tahun, dengan buih yang terlekat pada hujung hidungnya. Kuat betul bau arak. Mungkin die balik awal sebab die memang dah tak boleh kawal diri die lagi. Mata Kuyu.
Are You alright mate? aku bertanya.
No Lee, I'm not. Ujarnya ringkas.Aku bawak dia masuk, dan Bukakkan lagi satu Pintu. Pada saat tuh, tetiba die rebah. terlentang. Aku Angkat. Aku mintak kunci di tangannya, dan bertanyakan di mana Biliknya. Aku pimpin sampai ke bilik dan ternyata pintunya tak berkunci pon. Dia mengucapkan Terima Kasih berkali kali. Aku suruhnya berehat dan tidur lah die dengan tenang kot. Naik ke bilik semula la aku.
Pada Hari yang sama, pada petang sebelumnya, Ketika aku menunggu kawan aku untuk sampai di stesen keretapi. Seorang lelaki yang agak berusia masuk ke dalam Stesen tersebut dengan Darah merah pekat yang megalir di dahinya. tak ade sorang pun yang datang menghulurkan bantuan. Selepas aku mengeluarkan tiket untuk ke london dari machine berdekatan, ak menghampirinya.
Sir, are u right? Do u want me to call u a doctor? Or do u want me to look after your luggage so u can wash ur wound.
Its Ok, I'm fine. Really appreciate that.Aku pun kembali ke tempat asal aku, menunggu kawan ak yang belum kunjung tiba. Kemudia, lelaki tersebut kembali menghampiri ku.
Really appreciate that, Thank You. You're obviously not an English, so what are u? Korean?
Malaysian, dengan cepat aku sambung.Die mengangguk dan menurunkan cermin matanya kerana mengenai lukanya. Die merupakan seorang profesr di Cambridge dan datang ke Exeter kerana bertemu mata hatinya. Lukanya adalah kerana dia mabuk. Aku tahu walaupun dia tak cakap, bau arak tuh kuat sangat keluar dari mulutnya. Aku pergi ke kaunter customer service dan menanyakan jika ada first aid yang boleh diberikan kepada lelaki tersebut. Tetapi lelaki itu tidak mahu dirawat. Segan agaknya kerana die sdiekori oleh berpuluh puluh mata di stesen keretapi itu.
Apa Yang aku belajar dari sini, aku nampak apa Hikmah Allah mengharamkan Arak. kerana banyak mudaratnya.
Rasulullah bersabda:“Ia(arak) bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit” (riwayat Muslim).Penjelasan Lanjut,
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ” (Surah Al-Maaidah: Ayat 90)
http://hasnulhadiahmad.com/akibat-mabuk-makan-mercun-sehingga-terburai-mulut/
Wallahualam.....
No comments:
Post a Comment