Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan
jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan
lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata.
Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat
dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati
dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa
akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan
ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis
depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak
ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka
boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan
mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun.
Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha
Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang
penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya
dah tak bermakna lagi."
Saya terdiam lagi.
"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin
dia akan terima keputusan nta scara matang.
Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi
bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara
bodoh.
Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab
nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan
maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas
perbuatannya sndiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis,
saya dah sdar yang saya kena berhenti couple.
Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan
pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf,
kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi.
Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia
langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi
bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh
pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah'
dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu
universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula
buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia
hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya terfikir..
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang
berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang
indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta
berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi.
Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat,
syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat
nta terjerumus ke dalam kemaksiatan.
Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan
dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya
melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,
"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg.
Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya.
Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga
diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga
bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi.
Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina
kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak
zina telinga dan zina lidah. Tapi akh.. masih ada zina
yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan
dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri
zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin,
bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah
bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh
berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina
dengan berpegangan.
Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat
maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati
dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam
mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada
zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua
yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian
dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta.
Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred.
Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana
trus tinggalkan.